Sebelum ini sudah pun kedengaran spekulasi berkaitan Telegram yang bakal menawarkan pelan berbayar buat para pengguna yang berminat. Menerusinya, para pelanggan boleh menikmati sejumlah ciri menarik secara eksklusif.

Telegram kini sudah pun menyertakan ciri Telegram Premium pada aplikasi pembangunan Telegram Beta. Dengan ini, ia memperlihatkan harga langganan bulanan dan juga ciri-ciri eksklusif dengan lebih terperinci.

Sumber Gambar: Telegram

Dengan melanggan pelan premium ini, anda dilihat berpeluang menikmati penambahan had kepada dua kali ganda untuk pelbagai ciri berbanding pengguna akaun percuma seperti perkongsian fail sehingga 4GB serta kandungan berbentuk reaksi dan juga Sticker Premium.

Dalam masa yang sama, Telegram Premium juga memperlihatkan ciri-ciri lain seperti sokongan suara ke teks, pilihan ikon aplikasi Premium dan juga gambar profil beranimasi. Pihak pembangun Telegram juga dilihat mahu memperluaskan lagi kemampuan aplikasinya untuk kegunaan seharian yang lebih produktif.

Sumber Gambar: Telegram

Setakat ini, info ini telah mula dikongsikan menerusi aplikasi Telegram Beta namun masih belum diaktifkan lagi. Sama-sama kita nantikan pengenalan Telegram Premium yang dijangka tidak lama lagi.

Sementara itu, ketahui juga tentang kemas kini iOS 16 yang membolehkan alat kawalan permainan Nintedo digunakan pada iPhone.

Nintendo Joy-Con Sedia Digunakan Pada iPhone Menerusi Kemas Kini iOS 16

Apple Sedia Membolehkan Anda Gunakan iPhone Sebagai Webcam Pada MacBook